Tuesday, August 11, 2009

SBEM3203 Pemulihan Dlm Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

BAHAGIAN A

Soalan 1.

Keperluan Merancang Program Pemulihan .

Program Pemulihan adalah satu aktiviti pengajaran yang berusaha menolong pelajar – pelajar yang lembap untuk menguasai kemahiran – kemahiran asas matematik tertentu yang dihadapi semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas. Program ini akan membantu memperbaiki kekurangan atau salah faham konsep dan kemahiran matematik pelajar kepada peringkat pelajaran yang dikehendaki. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan pelajar menguasai sesuatu kemahiran serta berperingkat – peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.

Ada banyak keperluan - keperluan dalam merancang program pemulihan pengajaran matematik antaranya :

i. Kematangan mental pelajar rendah.

Pelajar yang di kesan untuk pemulihan adalah terdiri daripada pelajar – Pelajar yang lembap di mana mereka kurang berkebolehan dalam memahami pelajaran dan membina konsep matematik. Mereka ini juga tidak mahir membaca dan kelemahan inilah yang menyebabkan pencapaian matematik mereka menjadi lemah.

ii. Kematangan emosi yang berkurangan.

Kawalan dan seliaan guru amat penting bagi pelajar pemulihan di mana mereka perlukan perhatian yang lebih untuk berjaya. Kedatangan mereka kesekolah adalah kerana ada tekanan dan kecewa oleh sikap ibubapa. Pelajar ini akan keliru dan tidak tahu apakah punca masalah mereka.

iii. Pergaulan Sosial yang tidak matang.

Pelajar pemulihan kurang bergaul di sekolah dan j uga di rumah

sehingga menjadikan mereka kurang berpengalaman dalam pengurusan

hidup dan tidak suka berkerjasama dalam aktiviti kumpulan.

iv. Kecacatan fizikal tubuh badan.

Tubuh badan pelajar – pelajar pemulihan biasanya mempunyai masalah kesihatan, mereka memiliki mata yang rabun, kabur, tidak dapat mendengar dengan jelas dan yang lebih teruknya cacat anggota tubuh badan.

v. Psikologi yang lemah.

Keupayaan pelajar pemulihan amat terbatas dari segi tumpuan dan ingatan, keadaan ini turut melemahkan tahap proses menggambarkan dan pengamatan. Mereka juga tiada kreativiti dan kemahiran di dalam menyelesaikan masalah.

Soalan 2.

Beberapa kaedah di mana guru mendapat maklumat tentang pelajar yang bermasalah dalam matematik.

Sebelum merancang aktiviti pemulihan seterusnya menilai pencapaian dan membuat keputusan, pelajar – pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran matematik dapat di kesan melalui Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik. Melalui kedua – dua ujian inilah guru mendapat maklumat awal tentang masalah pembelajaran pelajar.

Ujian Saringan adalah merupakan peringkat permulaan dalam merancang aktiviti pemulihan. Ujian ini boleh dilakukan secara tidak formal dengan bersoal jawab lisan, pemerhatian aktiviti pembelajaran serta meneliti latihan daripada buku latihan pelajar. Ujian Saringan bertujuan mengesan dan mendapat maklumat murid yang perlu mengikuti program pemulihan.

Ujian Diagnostik diberikan setelah selesai Ujian Saringan dilakukan. Ujian ini menguji semua kemahiran asas dalam sesuatu topik ataupun sesuatu unit pelajaran matematik. Di dalam ujian ini, kemahiran – kemahiran matematik yang belum dikuasai dapat dikesan dari pelajar yang lemah selepas guru memeriksa kertas jawapan dan membuat analisa keputusan. Apabila kelemahan telah dikenal pasti perancangan aktiviti pemulihan kepada pelajar yang tercicir kemahiran boleh dilakukan supaya mereka berpeluang untuk mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan mereka.

Soalan 3.

Strategi – strategi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar pemulihan.

Dalam melaksanakan aktiviti pemulihan, guru mempunyai banyak pilihan keadah pengajaran kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaranya.

i. Pengajaran secara individu.

Pengajaran secara individu ini dilakukan semasa pelajar – pelajar sedang membuat latihan bertulis dalam kelas ataupun semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan. Guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam kerja kumpulanya dan mengajarnya secara perseorangan. Melalui cara ini pelajar dapat dibantu untuk mengatasi kelemahanya bagi mencapai peringkat yang setara dengan pelajar - pelajar yang lain.

ii. Pengajaran secara kumpulan kecil dan keseluruhan kelas.

Melalui keadah pengajaran ini pelajar – pelajar di bahagikan mengikut kumpulan kecil atau keseluruhan kelas berdasarkan kemahiran yang kurang dikuasai. Arahan diberikan dengan jelas bersama – sama peraturan yang akan di lakukan. Seorang ketua dilantik dari murid yang pandai dalam matematik untuk membantu pelajar yang lemah. Pengajaran juga boleh diserap permainan matematik, penggunaan kalkulator serta latihan penyamaran untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih memahami konsep asas yang mereka lemah.

iii. Projek Pelajar .

Projek pelajar boleh memperkembangkan aktiviti yang membolehkan pelajar menggunakan kemahiran mereka dalam pelbagai cara menarik dan memberangsangkan. Pelajar dapat merancang dan melaksanakan aktiviti seperti abakus, sudut, sejarah matematik, segiempat ajaib, pai, jam, komputer dan bermacam – macam lagi. Melalui projek inilah pelajar pemulihan dapat menkayakan pemahaman asas mereka di dalam bidang matematik.

iv. Permainan dan teka – teki matematik.

Aktiviti permainan dan teka – teki matematik adalah aktiviti pembelajaran yang memerlukan proses analisis, sentesis dan penilaian.(Mok Song Sang.1993 ). Kepada pelajar pemulihan aktiviti ini menjadi berguna dan bermakna kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti permainan tersebut.

Antara permainan yang menggunakan kemahiran proses adalah seperti petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan teselesi dan tangram.

v. Bimbingan rakan sebaya.

Rakan sebaya boleh mempengaruhi pelajar pemulihan dengan begitu berkesan sekali jika dibandingkan dengan guru. Pembimbing rakan boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran asas yang belum dikuasai lagi oleh pelajar yang lemah ini.

Soalan 4

Matematik Literasi.

Literasi matematik ialah keupayaan atau kebolehan untuk membaca dan menulis dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian sehingga membolehkan manusia dapat mengkaji pola, mengkaji masalah social seterusnya mereka boleh membentuk kehidupan yang menarik dan seimbang ( Tengku Zawawi 2000 )

Selain itu, matlamat pendidikan negara adalah untuk menyediakan warganegara dengan kemahiran membaca dan menulis serta memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya pelajar dapat berfungsi dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik (KPM 1988).

. Membaca dan menulis jugalah yang menjadikan matematik alat yang berguna untuk membantu ahli sains mencari kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal di alam sekeliling. Bennett and Biggs (2000) juga merujuk perkara ini sebagai literasi kuantitatif. Mereka menerangkan bahawa literasi kuantitatif melibatkan kebolehan menginterprestasi dan memberi alasan dengan maklumat kuantitatif. Literasi matematik pada tahap tinggi pula adalah membabitkan aktiviti yang bersifat konstruktif dan bukan pasif, membabitkan pembinaan skim matematik yang canggih dan bukan hafalan maklumat matematik yang tidak bermakna (Nik Azis 1996).

Matematik amat berkait rapat dengan kehidupan manusia dan peristiwa yang berlaku pada setiap hari tidak dapat terpisah daripada matematik. Kita menggunakan matematik untuk aktiviti urus niaga, perjalanan, makanan, pembelajaran, rancangan, membuat kerja sehingga hampir semua aktiviti sosial manusia ada hubungan dengan matematik.

Beberapa kajian dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku apabila pelajar – pelajar mengasimilasikan maklumat baru dengan aktif serta mengalami dan membina skim matematik mereka sendiri (Wang, S. Y. P. et. al 1999; Steffe, Cobb, & Von Glasersfeld 1988; Schoenfeld 1987). Konsepsi ini merupakan satu perubahan besar daripada pembelajaran matematik sebagai himpunan fakta dan prosedur yang tertentu kepada pembelajaran matematik sebagai pembinaan skim-skim tindakan dan operasi yang tertentu (Nik Azis 1996).

Kemajuan sesebuah negara amat bergantung kepada perkembangan ilmu sains dan teknologi. Melalui ilmu sains dan teknologi yang tinggi dapat melatih rakyat dengan kemahiran matematik yang berupaya menjalankan tugas yang kompleks dengan cekap dan berkesan khasnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang sanggup merancang dasar dan mengambil tindakan yang sistematik dan rasional.

Soalan 5

Salah faham / konsep biasa dalam matematik.

Pelajar – pelajar sekolah ramai yang tidak suka, benci dan takut apabila berhadapan dengan situasi matematik. Mereka mengambarkan matematik adalah sesuatu yang amat membosankan dan tidak penting dalam kehidupan. Tanggapan salah yang selalu mereka alami adalah :

i. Matematik perlu kepada otak yang bergeliga.

Untuk mempelajari matematik, seseorang itu haruslah mempunyai otak yang bergeliga. Sekiranya mereka lembap, maka tidak ada peluanglah untuk mereka maju dalam bidang ilmu matematik. Pada hal metematik adalah ilmu yang terdapat dalam semua diri manusia semenjak azali lagi. Pembinaan kemahiran dan konsep matematik adalah melalui latihan dan keyakinan diri.

ii. Matematik memperkatakan isu – isu komplex.

Matematik moden lebih berkisarkan kepada konsep matematik yang lebih mencabar. Hanya orang – orang tertentu sahaja sampai pemikiran mereka untuk mengkaji isu – isu yang komplek.

iii. Matematik membuatkan kita rasa kurang sensitif.

Sesetengah orang percaya bahawa mempelajari matematik akan membuatkan seseorang itu kurang cakna akan nilai dan kesenian dalam kehidupan. Matematik tidak dapat menghuraikan keindahan suria pagi atau menilai kehalusan hasil seni. Mereka tidak sedar bahawa matematik adalah seni, iaitu kesenian berfikir.

iv. Matematik memerlukan jawapan yang tepat.

Ramai orang percaya matematik perlukan jawapan yang tepat kepada semua penyelesaian masalah. Mereka tidak sedar bahawa kemahiran matematik juga mangajar kita untuk menganggar, manjarak dan mengseimbangkan sesuatu.

v. Matematik tidak sesuai dalam kehidupan.

Ilmu matematik dikatakan tidak bersangkut dengan alam kehidupan seseorang, ilmu matematik juga tidak menjadikan hidup ini indah dan menarik. Selagi penerokan ilmu – ilmu matematik tidak di tingkatkan maka semakin lambatlah perkembangnya kepada orang lain

BAHAGIAN B

Soalan 1.

Kenal pasti kemahiran matematik yang sukar untuk pelajar memahaminya. Binakan satu program pemulihan untuk memulihkan kemahiran itu.

Kemahiran matematik : Tahun 1.

Operasi tolak melibatkan nombor gandaan 10.

Punca kelemahan :

Murid tidak dapat menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan nombor gandaan 10.

Bahan Bantu Mengajar :

Laptop, LCD, Skrin, Lidi, dan Getah gelang.

Aktiviti Pemulihan :

1. Set Induksi :

o Gunakan MS Power Poin untuk murid menyebut hasil tolak secara sepontan pada screen.

o Guru meminta murid menyebut hasil tolak bersama – sama dan secara individu.

o Untuk mengukuhkan lagi konsep, murid menggunakan lidi yang disediakan untuk membuat penolakan secara maujud.

1 6 2 5 3 8

- 1 0 - 1 0 - 2 0

4 7 5 6

- 4 0 - 5 0


2. Langkah Pertama.

o Mengunakan lidi yang diikat sepuluh - sepuluh untuk mengangar operasi tolak dengan mengemukakan soalan – soalan.

a. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 20 batang lidi, berapa batang

lidi yang tinggal?

b. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 30 batang lidi, berapa batang

lidi yang tinggal?

c. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 40 batang lidi, berapa batang

lidi yang tinggal?

d. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 50 batang lidi, berapa batang

lidi yang tinggal?

e. 10 batang lidi dikeluarkan daripada 60 batang lidi, berapa batang

lidi yang tinggal?

o Membimbing murid menyelesaikan masalah ini dalam bentuk lazim dengan menunjukkan proses tolak pada skrin yang disediakan terlebih dahulu.

2 0

////////// ////////// - 10

1 0

o Ulang aktiviti di atas pada skrin dengan contoh - contoh yang berikut :

2 0 3 0 4 0 5 0 6 0 7 0

- 2 0 - 2 0 - 1 0 - 1 0 - 3 0 - 4 0

3. Langkah Kedua.

o Membimbing murid menjawab soalan tanpa menggunakan alat bantu mengajar. Murid disuruh menjawab soalan - soalan di atas lima kertas A4.


4. Penilaian.

o Menilai pencapaian murid dengan mengedarkan lembaran kerja mengandungi soalan – soalan operasi tolak yang melibatkan nombor gandaan 10 untuk diselesaikan oleh murid secara sendiri tanpa bimbingan guru.

Soalan 2.

Jelaskan kurikulum tambahan dari aktiviti kelab di sekolah untuk melengkapkan pengetahuan matematik sedia ada pelajar.

Kegiatan ko-kurikulum adalah merupakan kurikulum tambahan kepada pengajaran matematik di sekolah yang boleh dijalankan samada di dalam atau di luar waktu persekolahan . Kegiatan ko-akademik ini merupakan program sampingan kepada kurikulum bagi memantapkan pengetahuan matematik sedia ada pelajar – pelajar.

Aktivi ko- kurikulum yang aktif banyak menyediakan pengetahuan adalah seperti kelab dan persatuan matematik, projek matematik, lawatan, kelab rakan sebaya matematik dan minggu matematik.

Kegiatan Ko-kurikulum Di Sekolah

i. Persatuan Matematik.

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1997. Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2008. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang di jalankan ialah “Peraduan Menulis Esei Tentang Tokoh Matematik”. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Kami juga menganjurkan ceramah tentang matematik. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu, kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan memperindahkan kawasan taman pra dengan melukis berbagai mural berkaitan dengan matematik.

Secara keseluruhannya persatuan matematik sekolah dapat melatih pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat. Selain itu persatuan juga boleh menimbulkan minat kepada mata pelajaran matematik di kalangan pelajar. Pelajar juga dapat mengaplikasikan matematik dalam kehidupan harian .

ii. Projek ‘A’ Matematik

Menyedari akan kepentingan matapelajaran matematik yang menjadi asas utama ke arah pengwujudan sesebuah negara maju. Sekolah Kebangsaan Kepas, Pasir Mas melalui panitia matematik tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai program kearah meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam matapelajaran matematik

    1. Meningkatkan prestasi para pelajar dengan mencapai sasaran Gred A dalam matapelajaran matematik.
    2. Membantu kearah merealisasikan matlamat sekolah dalam peperiksaan UPSR 2008 bagi matapelajaran Matematik.
    3. Membantu pelajar mengikut tahap pencapaian masing-masing.
    4. Menyediakan satu modul kerja yang akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
    5. Mewujudkan satu bentuk persaingan yang sihat dikalangan pelajar terutamanya dalam matapelajaran matematik.

Usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan dilakukan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam setiap matapelajaran. Prestasi yang baik dalam matapelajaran matematik pada peringkat UPSR merupakan asas yang kukuh sebagai persediaan negara mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Suatu modul kerja ‘Gred A standard’ disediakan sebagai garis panduan guru-guru ke arah mencapai objektif semua pelajar UPSR mendapat Gred A dalam matapelajaran Matematik.

Perlaksanaan program ini adalah seperti berikut:

· JUICE (Jawab Untuk jadI CEmerlang)

        • Perbincangan berkumpulan
        • Ujian Penilaian
        • Taklimat Menjawab Soalan
        • Ceramah Motivasi
        • Rehlah

iii. Lawatan

Pada cuti penggal kedua persekolahan, persatuan matematik sekolah mengadakan lawatan ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan . Sebagai hasil lawatan ini, murid banyak memperolehi pengetahuan tentang bagaimana negeri ini di tandakan sempadan serta penggunaan program – program komputer untuk melicinkan lagi kerja – kerja pengukuran yang dijalankan oleh jabatan itu.

iv. Kelab Rakan Sebaya Matematik

Kelab rakan sebaya di tubuhkan bertujuan untuk membantu pengajaran pemulihan dan pengayaan dalam matematik. Ahli kelab ini terdiri dari pelajar – pelajar pintar dan juga pelajar lembam.

Melalui KRSM ini pelajar pintar di ambil sebagai mentor kepada kelajar yang lemah. Selain membimbing pelajar, kelab ini juga menyediakan Klinik Matematik untuk memulihkan masalah pembelajaran pelajar .

v. Minggu Matematik.

Minggu Matematik di adakan sekali sahaja di sepanjang tempoh sebulan persekolahan. Pada minggu ini, pelajar di dedahkan dengan pelbagai aktiviti matematik antaranya permainan matematik, teka silang kata dan kuiz.

Objektif utama minggu matematik ini adalah:

1. Memupuk dan meningkatkan minat dan motivasi murid sekolah

rendah dan guru terhadap pembelajaran matematik.

2. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid dalam pendidikan matematik.

3. Memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan teori dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi yang sebenar dengan mengendalikan aktiviti –aktiviti dan program pendidikan matematik.

4. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara sekolah ,ibubapa dan agensi luar dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan matematik.

Aktiviti Sepanjang Minggu Matematik

1. Kuiz Matematik

Kuiz matematik adalah salah satu aktiviti pengajaran/rekreasi yang amat penting dalam kurikulum matematik. Pengalaman yang diperolehi dalam pertandingan kuiz ini berhasrat untuk melatih murid untuk mengendalikan aktiviti ini semasa mengendalikan kelab matematik atau menjalankan aktiviti di dalam kelas.

􀂃 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid.

􀂃 Sebanyak 12 murid akan dipilh berdasarkan keputusan

pusingan awal ke peringkat akhir. Soalan dalam

peringkat akhir adalah berbentuk lisan

2. Pertandingan Abakus dan Aritmetik Mental

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan motivasi murid-murid sekolah rendah dalam penggunaan abakus dan aritmetik mental dalam pembelajaran matematik

􀂃 Pertandingan adalah terbuka kepada semua murid-

murid tahun 1 hingga 6.

􀂃 Semua peserta akan diberi satu set soalan bentuk

bertulis perlu menjawabnya dalam masa yang

ditetapkan. Peserta- peserta yang mendapat markah

yang tertinggi akan diberi hadiah.

3. Demonstrasi Abakus dan Aritmetik Mental

Dua orang pelajar daripada pusat latihan abakus swasta dijemput untuk demonstrasi kepantasan dan kemahiran menggunakan abakus dan aritmetik mental dalam membuat kiraan 4 operasi matematik. Mereka akan bertanding dengan penonton yang mengira dengan menggunakan kalkulator. Diharapkan demonstrasi ini dapat menimbulkan minat murid-murid sekolah rendah dalam penggunaan abakus dalam pembelajaran matematik.

4. Pameran dan Aktiviti Rekreasi Matematik

Aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ merupakan aktiviti yang amat penting untuk murid-murid memperkukuhkan kefahaman dalam pembelajaran kemahiran dan konsep matematik. Situasi dan bahan pembelajaran yang mencabar, menyeronokkan dapat mencetus pemikiran aras tinggi, memupuk minat dan perasaan ingin serta menanam sikap yang positif terhadap matematik. Aktiviti adalah terdiri daripada:

􀂃 Permainan Matematik

􀂃 Cabaran Matematik

􀂃 Aktiviti manipulatif

􀂃 Teka-teki

􀂃 ‘Mathemagic’

􀂃 Sumbangan tokoh-tokoh matematik

􀂃 Keindahan matematik

5. Bengkel Matematik

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid tentang pedagogi pendidikan matematik. Bengkel ini dikendalikan oleh panitia matematik. Bengkel ini juga dapat mengenalpasti kaedah penyediaan permainan matematik serta strategi pelaksanaan di sekolah.

Bibliografi

Aida Suraya Md. Yunus & Rohani Ahmad Tarmizi. (2005). Methodology in Teaching Mathematics, - Book

Abd. Razak Habib. 1994. Keperluan dan masalah dalam pendidikan matematik dan sains KBSM dan implikasinya terhadap kurikulum pendidikan guru. Kertas kerja Seminar Jawatan Kuasa Latihan Keguruan Antara Universiti. UKM : Bangi.

Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Md. Noor & Puteh Mohd. 1996. Pelaksaan KBSM dalam mata pelajaran matematik, sains dan sains sosial di sekolah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

Agness Voo. 1996. Kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM . Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

Amin Senin. 1993. Memahami matematik pra sekolah dan sekolah rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Annie & Selden, J. 1997. Preservice teachers’ conceptions of mathematics and how to teach it. (atas talian) http://www.maa.org/t_and_l/sampler/rs_3.html (2 Mei 2008).

Bryan, T. J. 1998. The knowledge and beliefs of prospective secondry mathematics teachers: An analysys of five levels ( Doctoral dissertation, University of Texas, 1997). Dissertation Abstracts International, A 59/01, 113.

Bromme, R. (1995). What exactly is pedagogical content knowledge? Critical remarks regarding a fruitful research program. In S. Hopmann & K. Riquarts (Eds.), Didaktik and/or curriculum. IPN Schriftenreihe, Vol. 147, 205-216

Brown, C. A. (1986). The study of the socialization to teaching of a beginning secondary mathematics teacher. (Doctoral dissertation, University of Georgia, 1985). Dissertation Abstracts International, 46, 2605-A.

.

Even, R. 1993. Subject matter knowledge and pedagogical content knowledge: Prospective secondary teachers and the function concept. Journal for Research in Mathematics Education.24(2),

Feiman-Nemser, S. & Buchmann, M. 1986. The first year teacher preparation: Transition to pedagogical thinking. J. Curruculum Studies. 18(3):239 – 256.

Francis, E. J. 1992. The concept of limit in college calculus: Assessing student understanding and teacher beliefs (Limit concept) ( Doctoral dissertation, University of Maryland ). Dissertation Abstracts International, A 53/10, 3465.

Graeber, A. O., Tirosh, D., & Glover, R. 1989. Preservice teachers' misconceptions in solving verbal problems in multiplication and division. Journal for Research in Mathematics Education, 20, 95–102.

Grossman, P.L. 1990. The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education. New York: Teachers College Press.

Grossman, P., Wilson, S.M. & Shulman, L.S. 1989. Teacher of substance: Subject matter knowledge for teaching . in Reynolds, M.C. (ed.) Knowledge base for beginning teacher, New Yoek: Pergamon.

Gudmundsdottir, S. 1991.Values in Pedagogical Content Knowledge .Journal of Teacher Education, 41(3), pages 44-52. (atas talian). http://www.sv.ntnu.no/ped/sigrun/publikasjoner/values.html (2 Februari 2001).

Higgins, J. 1999. Teachers’ pedagogical content knowledge and classroom practice in number concepts in mathematics in the third year of schooling (atas talian). http://www.aare.edu.au/99pap/hig99493.htm (2 Jun 2008).

Ibrahim Md. Noh. 1994. Reformasi pendidikan matematik . Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: BPG

Jemaah Nazir Sekolah. 1996. Perlaksanaan program KBSM dalam bilik darjah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

Kagan, D. M. 1992. Professional growth among preservice and beginning teachers. Review of Educational Research, 62, 129-169.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Sekolah Bestari di Malaysia: Suatu lonjakan saujana . Kertas kerja Seminar Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: KPM

Klein, R. (2000). Teachers’ knowledge of students’ conceptions: The case of rational numbers (atas talian). http://www.tau.ac.il/education/toar3/etakzir2000-2.html (2 Mei 2008).

NCTM. 1980. An agenda for action: Recommendations for school mathematics of the 1980s. New York : NCTM

Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

Nik Azis Nik Pa. 1996. Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

Omar Hamat. 1994. Gaya dan amalan pengajaran matematik peserta kursus KSPK di MPKB. Jurnal Pendidikan Matematik & Sains. Jilid 1 : 51 - 56.

Peterson, P. L., Fennema, E., Carpenter, T. P., & Loef, M. (1989). Teachers' pedagogical content beliefs in mathematics. Cognition and Instruction, 6, 1–40.

Simon, M. A. & Tzur, R. 1999. Explicating the teacher’s perspective from the researchers’ perspective: Generating accounts of mathematics teachers’ practice. Journal for Research in Mathematics Education, 29(2), 252 –264.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 1998. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu Kerangka Umum. Buletin Jabatan Sains dan Matematik MPKTBR. 2(1), 7 – 14.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 1997. Matematik KBSM: Harapan dan Realiti. Jurnal Akademik MPKTBR. Jld. 10, 35 - 46.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 1999. Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Jurnal Akademik MPKTBR. Jld. 11, 16 - 33.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 2000. Kurikulum matematik Sekolah Bestari Malaysia (atas talian). http://www.mpkt.edu.my/math_bestari.html (3 Mei 2008).

Nik Aziz Nik Pa (1992). Agenda Tindakan Penghayatan Matematik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka



Nota Tambahan

Pengayaan dan pemulihan

Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982). Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu.

Aktiviti pengayaan mestilah dapat:

  • Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah
  • Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh
  • Mengembangkan daya kreativiti pelajar
  • Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :

  • Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari
  • Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya
  • Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )
  • Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik / konsep
  • Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.
  • Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).

Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang upaya penglihatan dan pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.

Konsep Pendidikan Pemulihan

Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘pulih’ bermaksud ‘kembali seperti biasa’, ‘sembuh’ atau ‘ baik semula’ tetapi maksud pemulihan dalam konteks pendidikan boleh diertikan sebagai sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.

Brennan (1974) dari ....... menilai konsep pendidikan pemulihan sebagai

“ …a kind of education required to meet needs which cannot be explained by any reference to inadequacies in the pupils environmental situation or life experience.

Koh (1982) menyatakan pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Bagi Sampson (1975), pendidikan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran. Ee (1998) pula menyatakan bahawa pendidikan pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk menolong pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan, bahan- bahan pengajaran serta aktiviti yang alternatif.

Rasional Pendidikan Pemulihan

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu usaha menolong murid yang lemah mencapai objektif pelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran yang lampau. Biasanya murid yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya fahaman konsep yang betul.

Menurut Buku Panduan Am KBSR (1982) :

Setiap murid itu adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkahlaku, amalan, kecenderungan, bakat atau kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan ini, guru KBSR diminta merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada kebolehan dan perbezaan individu murid. Oleh itu, KBSR menyarankan agar pembahagian kumpulan mengikut kecerdasan digunakan untuk melaksanakan program KBSR di dalam kelas. Sehubungan dengan ini, murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Oleh kerana kumpulan lemah ialah kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang selalu menghadapi masalah pembelajaran, mereka haruslah diberikan pendidikan pemulihan, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang biasa . Murid-murid ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Jawatankuasa Kabinet yang bersidang pada November 1979 telah memperakukan bahawa mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu hendaklah diberikan pengajaran pemulihan secara teratur dan terancang. Program pendidikan pemulihan adalah diperakukan seperti yang terdapat dalam laporan tersebut :

Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukkan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.

Berdasarkan perakuan ini, guru-guru disarankan supaya menjalankan pengajaran pemulihan.

Objektif Pendidikan Pemulihan


Proses Pengajaran Pemulihan

Pengajaran pemulihan merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat ini disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula saling berhubung antara satu sama lain. Pendekatan ini dapat digambarkan secara ringkas dalam satu pusingan yang mengandungi empat langkah utama.


Keempat-empat peringkat ini merupakan proses pengajaran pemulihan yang boleh dinyatakan seperti berikut :

Peringkat 1 : Mengenal pasti murid-murid lemah dan masalah pembelajaran mereka

Peringkat 2 : Menentukan punca dan sebab kelemahan

Peringkat 3 : Pilih ganti tindakan ( aktiviti alternatif )

Peringkat 4 : Penilaian kejayaan program pemulihan.

Untuk mewujudkan satu rancangan pemulihan yang lebih berkesan, program tersebut hendaklah dilakukan dalam bentuk yang lebih terperinci seperti yang disarankan oleh Koh (1981). Menurut beliau, program pemulihan harus bertitik tolak daripada aktiviti mengenalpasti dan menentukan kegiatan-kegiatan pemulihan yang sesuai dan diikuti pula dengan aktiviti merancang dan melaksanakan kegiatan pemulihan tersebut. Selepas aktiviti pemulihan itu dijalankan, guru kemudiannya diminta menilai keberkesanan pengajaran tersebut.

Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM: Kuala Lumpur: DBP

PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pemulihan. KPM

Senarai Rujukan

  1. Brennan, W.K. (1974). Shaping the Education of Slow Learners. Routledge & Kegan Paul, London.
  2. Kamarudin Hj. Husin (1990). Pedagogi 4. Longman, Malaysia.
  3. Koh Boh Boon (1981). Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Percetakan Utusan Sdn. Bhd.
  4. Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik untuk Dilpoma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
  5. Modul Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.
  6. Konsep dan Aktiviti: Pengajaran Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998.
  7. Konsep dan Aktiviti: Pengajaran Pembelajaran Matematik: Pecahan untuk Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998.
  8. Wong Soo Voon (1997). Rekerasi Matematik. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
  9. Kennedy & Tipps (1994). Guiding Children’s Learning of Mathematics. Wadsworth Publishing Company, California.
  10. Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
  11. Sampson, C. (1975). Remedial Education. Routledge & Kegan Paul, London.

No comments:

Post a Comment